Sri Aman, Sarawak. Pesta Benak berlangsung setiap kali bulan Mei. Hanya terdapat di Sri Aman Sarawak je tau. Sebab apa? Kerana ombaknya yang cantik dan beralun sekitar bulan ini. Jangan ingat laut je ada ombak, dekat Sungai Batang Lupar Sri Aman ada juga tau. Dekat sungai pula tu. Haaaa lihat betapa uniknya sungai ini.

Atas seruan itu, aku sendiri ke Sarawak untuk menyaksikan sendiri pesta yang julung kali diadakan ini. Siapa lagi kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia sendiri mempromosikan pesta yang diadakan dalam negara sendiri kan?..

Benak+Sri+Aman+3
Benak+Sri+Aman+5

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Pesta Benak ini nanti adalah Reggatta Benak, Budayaria Benak, Sukan Tradisi Benak, Bazaria Benak, Benak Idol, 1st Benak Bike Week, Car Show dan banyak lagi.

Selain daripada itu, anda boleh mencuci mata dan membeli barang yang dijualkan di bazzar yang disediakan. Pelbagai barangan yang mereka jual antaranya kek lapis Sarawak, cendera hati dan sebagainya. Pergi la tengok.. Memang best. Siap ada persembahan seperti karaoke dan tarian kebudayaan. Yang dari semenanjung, dan Sabah, mari lah pergi kat tempat ni, SYIOK. Bawa lah family anda jalan-jalan, takpe letih kaki jalan, janji happy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here