Rokok Haram? Rokok Seludup? Tak Main Lah!!

dalam Iklan/Uncategorized oleh

Rokok seludup dekat Malaysia sekarang dah makin banyak terjual dah, senang je nak beli rokok seludup sekarang nie. Tahu tak, bila dah banyak sangat rokok haram atau rokok seludup ni masuk dalam pasaran, nanti lagi banyak jenayah terancang yang berlaku.. seperti yang berlaku di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Bila kita beli rokok seludup nie kita sebenarnya membantu atau mendorang mereka supaya menjual lagi rokok seludup ni di Malaysia, pada masa yang sama lebih banyak lagi pendatang asing yang masuk ke Negara kita.

Rata-rata yang menjual rokok seludup ini adalah dari pendatang asing yang masuk secara haram ke Negara kita, iyalah kalau mereka masuk secara normal macam mana pulak mereka boleh bawa rokok-rokok nie kan. Rokok seludup ni memanglah murah, tapi kesannya sangat banyak pada pengguna dan Negara kita.

BAT-blogger-v3-1

Apa kesan pada pengguna ini, kesan pada pengguna atau kita yang membeli rokok seludup ni. Kita tidak tahu apa kandungan dalam rokok seludup yang dijual ni, kemungkinan ada bahan-bahan yang terlarang atau bahan-bahan yang melebihi dari had yang boleh menyebabkan kita mendapat penyakit. Iya memang rokok yang terjual di Malaysia ini tidak elok untuk kesihatan kita, tapi kandungan bahan dalam rokok tersebut dikawal.

Baru-baru nie aku ada baca tentang artikel rokok seludup nie di New Strait Times (NST). Dalam artikel tersebut ada menggatakan kerajan Malaysia rugi hampiri RM 2 Billion disebabkan penjualan rokok seludup nie. RM 2 Billion itu satu jumlah yang besar, tak kan kita nak buat ekonomi Negara kita jatuh kot, piker-pikirlah sebelum membeli rokok. Beli lah rokok yang sah di pasaran, jangan beli rokok seludup.

Apa-apa pun merokok tu sebenarnya membahayakan kesihatan. Fikirlah kalau beli rokok pun pastikan ianya bukan rokok haram yang diseludup. Merokok tu pun dah sah-sah tak baik selain dapat berjimat ianya juga dapat membantu menjana ekonomi sendiri gak.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Terbaru dari

Cuti-cuti tanpa Stress!

Bercuti memang satu pekara yang sangat menghiburkan. Lebih menarik bila dapat menjejaki
Kembali Ke Atas