Orang Kajang Memang Terbaik!

Percutian Ke Genting & K-POP Dream Concert

dalam Percutian oleh

for dating website Pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang Malaysia kerana sudi memilih entry saya K-POP Dream Concert sebagai 15 orang pemenang bertuah untuk menyaksikan sendiri barisan artis K-POP terhangat di pasaran. Terima kasih juga kepada Genting Malaysia kerana sudi menaja penginapan di Awana Hotel dan tiket masuk ke Taman Tema Genting hari tu.. Oh ye bagi yang tak tahu K-POP Dream Concert ni telah berlangsung di Arena Of Starts dan seramai 4 kumpulan dan seorang artis solo telah beraksi disini antaranya SISTAR, Brown Eyed Girls (B.E.G.), 4Minute, Born To Beat (BtoB) dan G.NA.

rubrik dejtingsajt 1-972133_10201166845038290_1453676181_n

par söker kvinna i Trosa Jadi hari jumaat lepas, kira-kira jam 3 petang kami (UzairOthman, Nisa Kay dan Dengari Saya) memulakan perjalanan ke Awana Genting. Maklumlah masing-masing dah lama tak pergi bercuti sesama blogger kan.. BTW salam perkenalan ye kak dayah, zaid harap ramai follower zaid akan serbu blog akak kelak hehe..

site de rencontre belgique gratuit ado Okey sampai je hotel Awana Genting kami terus ke dapatkan kunci bilik dan tiket konsert dan terus berehat sebentar dalam bilik untuk meneruskan perjalanan ke Arena Of Starts. Dalam dok rehat tu aku jalan-jalan kat lobby hotel untuk cari maklumat mengenai shuttle bus untuk naik ke puncak Genting. Alhamdulillah dapat juga info dari staff Awana yang baik-baik tu.. mereka cadangkan aku menaiki shuttle bus je dari hotel sebab mereka menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk pelanggan hotel. Untuk pengetahuan semua dari Awana Hotel, shuttle bus disediakan setiap satu jam untuk ke puncak dan setiap setengah jam untuk ke Skyway. Jadi pilihlah mana-mana yang korang suka.. dan perkhidmatan terakhir untuk bus ni sampai jam 6.30 pagi.. so tak perlu risaulah kalau tak nak bawa kereta ke puncak Genting Highland.

1-971876_10201166934120517_237704902_n
Jadual Shuttle Bus dari Awana Hotel ke First World Hotel

free 100 online dating site Selepas selesai aku mencari info mengenai Shuttle Bus ni apa lagi terus naik ke bilik hotel dan berehat sebentar. Pertama kali aku menginap di Awana Genting ni sebenarnya, memang bestlah hotel ni. Kemas, Selesa dan nyaman.. walaupun terletak di tengah-tengah tetapi udara disini tetap nyaman dan sejuk. Semua tu sebenarnya anugerah dari Allah yang maha Esa. Jadi bila dapat peluang macam ni nikmatilah sepuas-puasnya.. Rasa macam tak nak balik je nak tinggal sini boleh? haha..

Awana Genting - Deluxe room
Awana Genting – Deluxe room

Biliknya sangat kemas, luas dan selesa.. kami dapat pemandangan tempat orang main golf dan gunung ganang.. memang cantik sangat.. harga untuk menginap di hotel ni pun rasanya tak mahal dan mampu untuk semua golongan. Kalau mahal tu rasanya ok lagi kot sebab hotel ni terletak kat atas gunung jadi harganya boleh jadi mahal sikit dari hotel biasa. Jadi sesiapa yang nak berkunjung ke Genting pastikan korang tinggal je dekat Awana Genting Hotel ni.. parking kereta adalah percuma dan kalau nak naik Theme Park boleh naik bus je.. senang kan?

Pemandangan Indah  - Awana Genting
Pemandangan Indah – Awana Genting

Ok.. tepat jam 7 malam kami berempat terus menuju ke Arena Of Stars, maklumlah masing-masing dah tak sabar nak tengok artis K-POP pujaan masing-masingkan.. semuanya dah bergelora dihati nak nyanyi lagu best diorang. Naik bus free agak memeningkan kepala sikit aku ni kalau orang bawa naik gunung akan rasa pening tak kesahla naik kereta ke naik bus ke.. sama je.. tapi kalau drive sendiri tak pula rasa peningkan.. mmmm

K-POP Dream Concert bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan rata-rata hampir penuh Arena Of Stars ni dengan penonton yang semenangnya fanatik dengan muzik k-Pop macam aku.. Jom lah layan gambar-gambar yang aku snap pakai handphone ni..

K-POP Dream Concert

K-POP Dream Concert

K-POP Dream Concert

1-Desktop4

1-Desktop5

Secara keseluruhan aku memang puas hati lah dengan show diorang ni.. memang layan lah lagu-lagu kpop ni lebih lagi bila mereka nyanyi secara live.. sexy tu jangan cakap lah dah mereka memang style macam tu tapi yang penting mereka masih menjaga tatasusila bila buat show di Malaysia. Bagus kepada pihak penganjur … ok kalau nak tengok gambar mereka lagi nanti aku upload kemudian ok sebab sekarang ni aku masih lagi tunggu gambar hi-res dari pihak penganjur untuk mereka send kat aku.. so bila dapat je nanti aku upload Insya Allah..

Selesai je konsert malam tu kami terus balik ke hotel dan tidur.. aktiviti hari seterusnya adalah menaiki semua ke Taman Tema Genting.. kenapa? sebab hari Sabtu lepas mereka telah melancarkan sebuah lagi tarikkan terbaru untuk pengunjung Taman Tema Genting ni.. pernah dengar mana Stinger? bagi mereka yang nak rasai sendiri apa itu Stinger sila lah datang ke taman tema Genting sekarang ye.. memang berbaloi menaiki Stinger ni..

Bee Brave On The New Ride - Stinger Hydromagnetic Coaster @ Genting Theme Park
Bee Brave On The New Ride – Stinger Hydromagnetic Coaster @ Genting Theme Park

Nampak je macam tak takutkan.. haaaa korang cubalah sendiri rasa macam mana takut ke tak permainan terbaru ni..

Stinger telah dirasmikan oleh bos-bos Genting sabtu lepas.. so dah buka jadi marilah ramai-ramai main permainan ni..
Stinger telah dirasmikan oleh bos-bos Genting sabtu lepas.. so dah buka jadi marilah ramai-ramai main permainan ni..

Genting Stinger

Permainan Stinger ini merupakan sebuah tarikan terbaru di Taman Tema Genting. Stinger merupakan sebuah Hydromagnetic Coaster yang tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 6,118 ft dari paras laut. Kalau nak main Stinger ni kenalah pakai rain coat yang disediakan kalau tak baju akan kebasahan. Serius memang mencabar dan best permainan ni.. kalau datang pastikan bawa baju ekstra takut korang akan basah kuyup pulak nanti..  Tarikan terbaru ni telahpun dirasmikan dan sudah boleh dimain untuk semua pengunjung yang datang. Jadi apa lagi datanglah beramai-ramai ke Taman Tema Genting untuk merasai sendiri kehebatan dan keunikan Stinger.

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

1 Comment

  1. Hikhik….selamat kenal kenalan jugak……n:) *akak curik gambo sikit…..halalkan yer……

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas