Ibu Kucing Tak Nak Susukan Anak

dalam Diriku oleh

image

Kesian kat anak kucing ni.. aku baru je bawak masuk dalam rumah sebab anak kucing ni meow meow dari petang tadi. Mungkin sebab lapar kot atau panas kat luar. Sebenarnya anak kucing ni ada mak dia tapi mak dia sekarang tak nak jaga anaknya. Padahal baru beberapa hari beranak.

Ada blog yang aku baca ibu kucing ni akan tinggalkan anak dia kalau anaknya tu dah tak ada bau maknya. Ye ke? Mungkin gak sebab anak kucing ni kita orang dah pegang-pegang sampai mak dia merajuk dah tak endahkan anaknya..

Agak kesian disitu jadi aku bawak anak kucing ni masuk dalam rumah. So aku pun bancuhlah susu pekat f&n nak bagi kat anak kucing ni.. pun dia tak nak minum.. pening lah macam mana ye nak bagi anak kucing ni minum susu.. ada orang cakap tak boleh bagi minum susu lembu sebab nanti anak kucing ni akan kena cirit birit dan mati. Ye ke? Nasib baik la anak kucing ni tak minum lagi.

So hari pun dah malam ni jadi esok je la aku pergi kedai pet untuk cari susu baby kitty dan botol dia senang sikit dia nyonyot nanti..

Ps : harap mak kucing ni masih ada perasaan kat anaknya..

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

2 Comments

  1. Samala ..tapi kan .kitaorang pegang dia guna alas pun mak dia tak endahkan jugak .padahal takde bau manusia pun .adehh -.- first time beranak memang cenggini ke.

  2. cam ni kalau dah pegang belai anak kucing baru lahir awak kena pegang belau mak kucing supaya bahu anak nya dia kenal

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.