Scaling Gigi Tak Sakit Pun..

dalam Diriku oleh

2013-05-03 12.35.28

Antara benda yang paling aku takut nak buat ialah kalau nak buat scaling gigi.. hoho fobia masa kat sekolah dulu masih terpahat dalam jiwa rasa sanubari.. masa sekolah dulu kalau scaling mesti sampai tersedak-sedak air liur tambah air pelincir yang doktor curah ikut paip kecik tu.. kekadang pembantu doktor ni malas sikit bukan nak buat keje betul-betul..

Tapi tidak di Klinik Pergigian Syafeera.. actually aku baru 1st time pergi klinik gigi ni sebab utama klinik ni dekat je dengan rumah aku lebih kurang 10 minit naik kereta. Dok baca entry-entry blog orang lain pasal klinik ni semua cerita pasal benda yang baik-baik dan ada yang cakap klinik ni bagus..

So lepas terpengaruh dengan komen-komen orang lain, aku pun saja lah nak try buat scaling gigi kat sini. Yang bestnya doktor Syafeera ni cun orangnya.. lemah lembut, cakap pun sopan je.. itu benda yang paling utama untuk jadi seorang doktor gigi.. sebab kalau cakap marah-marah nanti pesakit pun fobia nak datang lagi kan..

Disebabkan gigi aku ni ada beberapa problem serius. Jadi masa untuk buat scaling ambil masa dekat 1 jam.. kelengkapan yang ada kat Klinik Pergigian Syafeera ni memang tip top. Lengkap semuanya.. dia buat scaling pun tak sakit dan ada seorang pembantu bersama doktor ni dok bedah mulut aku haha..

Harga untuk buat scaling antara RM60 – RM150 ikut jam yang diperlukan dan kerosakan gigi. Rasanya harga tu kira murah la kan sebab ada klinik gigi harga minimum sampai RM80. Customer kat klinik ni memang ramai jadi kalau korang nak try datang sini sebaiknya buat lah temujanji dulu ye.. jangan main redah je macam aku buat hari tu.. tak pasal-pasal tengah scaling kena stop kejap sebab ada client doc yang datang sebab dia dah buat temujanji awal..

2013-05-03 12.37.02

Masa balik dapat kit pembersih gigi ni dari pembantu doktor.. hoho.. thanks.. tak yah nak beli utk sebulan… Kalau nak try mai la datang kat Klinik Pergigian Syafeera ni.. betul-betul depan Jusco Mahkota Cheras.. Klinik Pergigian Syafeera® 31-1, Jalan Temenggung 21/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Tel: 03-9075 6909.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Terbaru dari

MONOLOG HATI : #0005

“Ilaahi lastu lilfirdausi ahla walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi fahabli taubatan waghfir dzunuubi
Placeholder

MONOLOG HATI : #0003

“Hanya manusia yg bodoh that keep downgrading someone who try to change
Placeholder

MONOLOG HATI : #0002

“Aku tahu engkau sebenarnya tahu tapi kau memilih seolah kau tak tahu”
Placeholder

MONOLOG HATI : #0001

Percintaan ada kalanya merumitkan. Bukan kerana tak ada manisnya dalam percintaan tu
Kembali Ke Atas