NESCAFÉ Dolce Gusto : Capsule Flavors

dalam Promo oleh

us online dating sites

chat with local singles free Siapa yang tak pernah minum coffee sebelum ni? kalau tak pernah memang rugilah korang sebenarnya. Satu kenikmatan yang tak dapat diluahkan kesedapannya. Kalau nak bercakap pasal coffee ni aku bukanlah seorang yang pakar. Lagilah kalau nak buat sendiri coffee pelbagai rasa yang macam kat cafe tuh. Lagi pun harganya agak mahal kalau beli di kedai kalau nak buat sendiri nanti lain pulak rasanya.

russian brides canada Kepada semua penggemar coffee atau bukan penggemar coffee korang patut dengar ini. Sekarang ni kecoh satu seantero dunia tentang kehebatan dan kenikmatan rasa NESCAFÉ Dolce Gusto. Mesti korang ada yang dah faham bila aku cakap Dolce Gusto kan? dan ada juga yang blur apa sebenarnya benda yang aku cakap tu.

busco pareja activo

Sebenarnya NESCAFÉ Dolce Gusto ni adalah coffee pelbagai rasa yang direka khas untuk kepuasan setiap orang yang merasainya. Jadi sekarang ni tak perlu lagi pergi ke cafe-cafe kat luar sana. Sebab sekarang kita semua dah boleh minum coffee bertaraf class A dengan buat sendiri di rumah serta ianya menjimatkan kos perbelanjaan harian kita. Cuma beli mesin “Krups” macam gambar diatas tu dan Capsule Flavors NESCAFÉ Dolce Gusto saja kita dah boleh buat Cappuccino, Latte Macchiato, Espresso dan banyak lagi. Suka ayat-ayat “Coffee Is Not Just Black”, “Coffee Can Be Art” dan “Coffee Beyond Covention”.

Hari ini aku nak cerita sikit yang aku baru je dapat mesin Krups dan 8 jenis rasa Capsule Flavors NESCAFÉ Dolce Gusto yang comel tu. Oh ye ada yang tanya pasal mesin Krups kat aku, yang tu nanti entry kedua aku cerita tapi kali ni aku nak cakap pasal flavors NESCAFÉ Dolce Gusto dulu ye. Jom kita tengok video ini dulu..

Bayangkan sekarang ni waktu korang berehat dan bersantai bersama keluarga sambil menikmati aroma dan rasa coffee sebenar dengan NESCAFÉ Dolce Gusto, mesti seronok kan? itulah yang aku lakukan bersama keluarga aku sekarang ni. Jimat memang jimat beli je capsule pelbagai rasa dan boleh buat sendiri kat rumah. Antara flavor NESCAFÉ Dolce Gusto yang aku suka ialah Cappuccino, Latte Macchiato, Grande Intenso, Espresso, Lungo, Chococino, Mocha dan Cappuccino Ice. Nanti aku nak beli perisa Caramel Latte-Macchiato dan Vanila Latte-Macchiato pulak.. huh memang terbaiklah rasanya.

NESCAFÉ Dolce Gusto direkacipta dengan kemas dan teliti. Setiap Capsule Flavors tu mempunyai tahap pressure yang telah dicadangkan. Kalau korang perasan kat capsule tu ada palang bar, itu menunjukkan tahap sukatan bar yang kita perlu setting di mesin Krups. Jangan risau, post akan datang aku akan ajar macam mana nak guna mesin Krups dan akan kupas dengan lebih detail tentang bar pada capsule tu.

Kalau sesiapa berminat nak beli mesin Krups dan Capsule Flavors NESCAFÉ Dolce Gusto ni boleh masuk laman web https://www.dolce-gusto.com.my untuk info. So tunggu post seterusnya ye.. 🙂