Orang Kajang Memang Terbaik!

Destinasi Libur Warisan Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur

dalam Percutian oleh

dating website statistics Petang Sabtu hari tu secara tidak sengaja aku dan blogger si cantik manis Jardness jadi Tourist Guide (Pemandu Pelancong) untuk dua orang rakan dari Jakarta, Indonesia. Helga dan Singgih baru je sampai kat Kuala Lumpur, Malaysia dan ini adalah pertemuan kedua aku bersama Helga dan kali pertama bertemu dengan Singgih. Aku kenal Helga masa MSS2011 tahun lepas dan beliau seorang blogger yang hebat di Jakarta.

best interracial dating sites for free Beberapa hari sebelum Helga nak pergi Malaysia dia ada tweet aku cakap aku free tak Sabtu ni. Kebetulan aku cuti pada hari tu dan apa salahnya aku ambil kesempatan ni untuk berlibur bersama rakan-rakan luar, boleh juga tambah kenalan dan ilmu pengetahuan. Helga sebenarnya nak jumpa kami makan tengah hari tapi secara tidak sengaja gak Jard ajak kami semua pergi makan tengah hari di Bangi sebab ada open house kawan dia. Perrhhh ada kambing golek kau.. meriah kau..  tak apalah langkah kanan kita orang bertiga ni..

singlar gratis Jadi dalam kesempatan makan open house rumah member jard tu alang-alang dah sampai Bangi jadi bawalah kawan kami tu berjalan sakan di Putrajaya. Susah juga jadi pemandu pelancong ni ingatkan senang. Ye lah kita sebagai rakyat Malaysia mestilah tahu semua, especially kalau pasal tourism di Malaysia. Bukan tu je nama bangunan, tahun bangunan dibina, tarikh dan sebagainya. Kalau tak nanti susahlah nak terangkan kat pelancong betul tak?.. haha nasib baiklah aku dan Jard ni kira “ok ok” kalau bagi peratus tu dah dapat 50% untuk jadi tourist guide haha..

svindel på datingsider Tapi tu semua tak penting, yang penting tetamu kami hari tu mesti happy dan bawa 1001 kenangan cerita yang menarik dan tertarik pasal negara Malaysia ke negara mereka. Aku bangga dengan Helga dan Singgih sebab mereka sudi berkunjung ke Malaysia dan bercuti disini dan mereka juga orang yang baik-baik.

par søger kvinde I Hovedstadsområdet

Inilah dia Helga dan Singgih. Ramah dan pemalu orangnya..

Bak kata Jard.. hari ni aku jadi supir haha..

Kami sempat bergambar di Jambatan Seri Warisan di Putrajaya. Cantik pemandangan disini nasib baik waktu kami sampai hari pun baru lepas hujan. Haha nama je juru pemandu pelancong tapi aku sendiri baru 1st time melawat kat jambatan ni hihi.. best juga ye jadi pemandu pelancong ni dalam masa yang sama boleh berjalan-jalan tambah ilmu pengetahuan sekali.

Masjid Putrajaya dan Bangunan Perdana Putra. Walaupun selalu datang ke Putrajaya tapi inilah pertama kali aku masuk masjid yang indah ni.

Baru aku tahu di bawah perkarangan masjid Purtajaya ni ada kedai makan dan kedai jual cendera hati.. tapi harganya boleh tahan mahal gak

Jard belanja kami makan ice cream kat bawah perkarangan Dataran Putra Putrajaya. Perhh satu ice cream harga dia dekat RM5.00 mahal tuhh.. tapi thanks ye jard sebab belanja kami.. haha..

Malamnya kami bawa tetamu kesayangan kami melawat bandar Kuala Lumpur. Dalam itinerary yang Helga buat. Malamnya mereka nak ke Bukit Bintang dan Jalan Alor. Disebabkan aku bekerja kat area ni jadi tak susah bagi aku untuk bawa mereka jalan-jalan kat area ni. Sempat jugalah bawa mereka ke Berjaya Times Square dan Plaza Low Yat dan tunjukkan dimana Pavillion.

Lepas kami melawat Jalan Bukit Bintang, Kami ke Dataran Merdeka pula.. tunjukkan dimana terletaknya Bangunan Sultan Abdul Samad – KL High Court. Memang cantik waktu malam disini sebab bangunan SAS ni berwarna-warni dengan limpahan cahayanya. Yang bestnya juga setiap hari Sabtu dan Ahad jalan raya depan Dataran Merdeka ni akan ditutup untuk pelancong bersiar-siar disini. Memang bestlah.

Kami seterusnya ke KLCC dan tengok pertunjukkan air pancut berirama. Malangnya masa kami sampai show pun nak habis. Mujur masih ada pertunjukkan air pancut dengan warna lampu yang menarik. Tapi tak ada sound lagu lah.. kira ok lah dari tak ada..

Last sekali sebelum aku hantar tetamu pulang ke tempat penginapan mereka di Jalan Ismail berdekatan Petaling Street. Kami di jamu dengan makan malam yang enak bangat. Tak silap aku nama kedai ni Restoran Al-Azmi di Sentul. Terima kasih sekali lagi kat Jard sebab sudi belanja kami makan dinner yang best ni. Maybe next time aku akan kesini lagi bawa kawan yang lain.. sebab makanannya sedap bangat sih..

Akhir kata kepada Helga dan Singgih. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Kuala Lumpur dan moga saudara berdua happy dengan layanan kami 🙂 kalau ada salah dan silap harap dimaafkan ya. Insyaallah nanti kalau ada rezeki kami akan ke Jakarta pula 🙂

Gambar Kredit : Jardness

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas