Buku Belajar Jawi Bersalib

dalam Macam-Macam oleh

20120829-103237.jpg
20120829-105123.jpg

Buku ini adalah buku yang baru anak buah aku beli. Masa beli dalam plastik lagi so tak dapat la nak belek-belek dulu baru beli. Niat nak biar anak buah aku belajar pandai walaupun dia belum pandai membaca dan mengeja. Sampai rumah kita orang macam biasa letak buku ni kat atas meja study anak buah aku. So dia pun main la buku tu belek sana belek sini. Semalam waktu aku jaga dia aku pun tengok-tengok lah buku yang dia baca ni. Bagus lah ada dwi bahasa, ada ejaan rumi, jawi siap ada gambar so budak-budak kecik boleh paham.

20120829-103640.jpg

20120829-103748.jpg

20120829-103754.jpg

20120829-103806.jpg

Tengok dari luaran macam buku agama islam untuk budak-budak belajar alif ba tak tapi sampai kat Sad tertera gambar dan perkataan Salib. Aku pasti yang buku kanak-kanak ni bukan orang Islam yang buat. Kalau orang islam tak akan letak simbol dan perkataan Salib tu. Aku bukanlah marah kat pengedar dan pencetak buku ni tapi dalam banyak-banyak perkataan kenapa nak jelaskan yang Sad itu adalah Salib.. Banyak lagi perkataan boleh diterangkan.. Rasanya ini agak sensetif bagi aku dan keluarga sebab ianya melibatkan agama.

So aku rasa amat tak sesuailah buku “My Little Board Book – Belajar Jawi” dari syarikat Ladybug ni untuk anak buah aku. Lepas ni terpaksa simpan dan next time sebelum beli kena belek dulu takut ada pekara-pekara yang sensetif ada dalam buku tu. Tapi susah gak pemilik kedai dah siap bungkus dalam plastik. Tak pe lah.. Aku share kat blog aku dulu supaya orang lain tak terbeli buku yang sama.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

12 Comments

  1. zaid baik bagi kat jakim sepatutnya mmg x blh org yahudi nak sesatkan org islam mcm ni la x baik utk bdk2 sbb dia org cepat igt benda2 mcm ni pengaruh lambang salib tu mmg blh tglkan kesan kat otak lg2 bdk2

  2. huhu.. macam mana boleh terlepas pandang ni ye.. tak patut dia ambil contoh salib.. kan boleh bagi contoh macam sotong ke.. sayur ke.. memang ada agenda juga ni…

  3. Myvitrd > aku harap jakim jais buat pemantauan kat syarikan penerbitan ni. Takut ada banyak lagi buku terpesong akidah yg diorang terbit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas