Orang Kajang Memang Terbaik!

HongKong & China Trip – Day 2 – Part2

dalam Percutian oleh

vergelijk dating sites

miglior sito di incontri gratis Golden Bauhinia Square terletak di Repulse Bay Hongkong, perjalanan dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 40minit. Disini terdapat banyak patung-patung budha. Bagi pengamal Feng Shui, tempat ini sangat bagus kerana ianya dikelilingi dengan laut dan gunung, laut bermaksud “Duit” dan gunung bermaksud “pelindung”. Ini kata tour guide kami Mr. Freddie Ma yang sangat peramah dan baik.

women seeking women in Kalgoorlie Aku pun tak tahu kenapa pekej yang kami ambil bawa kami ke sini, tapi kami sekeluarga niat dalam hati datang sini nak melancong je tak lebih dari tu.. Lihat walaupun hujan lebat, penganut budha tidak melepaskan peluang untuk menyembah tuhan mereka disini. Aku suka gambar ni sebab ada payung 7-Eleven, aku nak sangat beli bayung tu kat 7-Eleven tapi apakan daya aku fikir kalau aku beli macam mana nak bawa balik pula nanti.

men dating over 40 Ada yang sanggup datang kesini semata-mata untuk membayar nazar kerana mereka percaya Feng Shui disini sangat tepat. Cuba korang tengok perut wanita berbaju putih tu… macam mengandung kan?.. mungkin dia berdoa supaya dapat anak yang baik-baik kot..?.. donno…

(bagi orang islam jangan percaya.. nanti boleh jadi kurafat..)  (Maksud kurafat : Kepercayaan kurafat merujuk kepada kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam)

Gambar dibawah adalah beberapa Statue budha yang aku snap-snap.

Kemudian kami dibawa ke Restoran terapung terbesar didunia iaitu Jumbo Floating Restaurant, Hong Kong, disini artis-artis Hongkong selalu buat penggambaran filem dan kalau bernasib baik korang boleh jumpa artis-artis Hongkong seperti Jacky Chan dan ramai lagi sebab mereka suka berlakon disini

Inilah Jumbo Floating Restaurant, dulunya pernah menjadi tempat penggambaran cerita James Bond (“The Man with the Golden Gun”). Aku tak pastilah betul atau tak tajuk cerita tu sebab aku cari kat Youtube tak jumpalah..

Selepas selesai melawat Golden Bauhinia Square, kami dibawa ke TSL Hong Kong dimana gedung ni menjual mutiara original. Harga mutiara kat sini mahal belaka tapi kualitinya tiptop tau.. Seingat aku kat Malaysia pun ada gedung TSL ni..

Bagi kaum wanita, jejak je kaki di TSL ni mereka dah rambang mata, nak beli yang tu nak beli yang ni… jadi puan punya gambar kat atas tu menerangkan kat kami bagaimana nak tahu kualiti dan keaslian mutiara sebenar sebelum beli.

Di TSL ni saya disapa oleh sekumpulan rakan dari UKM Malaysia, tak sangka mereka orang Malaysia, ingatkan diorang orang Singapore. Gambar diatas adalah rakan yang saya maksudkan iaitu Denson Chua yang sangat peramah. Selamat berkenalan Denson…

Selepas penat aktiviti pagi, kami dijamu makan tengah hari di adult baby dating sites THE NEW SANGEET kedai islam yang bermenukan ala-ala masakan dari India. Makanan kat sini sedap tapi tak kenalah dengan tekak aku… bagi aku kedai ni so-so je.. tak la best mana pun.. tapi nak buat macam mana kat HK ni susah nak cari makanan halal.. jadi kami pun bedal je lah.. Info : http://thenewsangeet.com.hk/location.html

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

4 Comments

  1. salam, zaid ikut travel agency.. tapi agency tu cina punya.. zaid cadangkan better ambik pakej muslim.. lagi senang.. makan pun senang..

  2. salam kak maria, sorry lambat reply.. hari tu ikut agency ni dalam RM1800 per person .. tak silap zaid lah.. sebab semua tu mak zaid yang uruskan.. kalau nak tahu lebih lanjut sila berhubung terus dengan mak zaid di blognya http://www.zaraaluwi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas