Orang Kajang Memang Terbaik!

“DG Smart Plan For Blackberry” Melalui Aplikasi Blackberry Yang GEMPAK!

dalam Promo oleh

men seeking women in Morwell

site rencontre 2017 Dah baca artikel berkenaan Blackberry beberapa hari yang lepas?.. kalau belum silalah baca artikel OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!. Untuk pengetahuan semua sekarang saya sedang menggunakan Blackberry Curve 8520 dan saya memilih “DG Smart Plan for Blackberry “. Tahukah anda bahawa anda boleh berinternet, email, IM, Facebook, Twitter dengan pantas, tanpa had, cepat dan berkesan?.. Jawapannya memang YA! dengan menggunakan perkhidmatan Blackberry dari DiGi iaitu “DG Smart Plan for Blackberry ” anda akan mendapat kepuasan berinternet tanpa had dari RM58/bulan hanya dihujung jari (T&C).

kvinne søker kvinne i Sogn og Fjordane Macam-macam benda kita boleh buat dengan Blackberry ni, banyak aplikasi yang boleh dimuaturun dan diguna pakai, disini saya ulaskan beberapa aplikasi (Wajib Ada) yang sedang saya gunakan untuk Blackberry Curve 8520 saya. Diharap anda dapat mengetahui serba sedikit tentang aplikasi yang menarik dan mudah ini.

#1 : UberTwitter (http://www.ubertwitter.com/)

träffa kärleken på nätet

Perisian UberTwitter ini adalah perisian Twitter untuk Blackberry yang paling bagus, cepat dan ianya adalah percuma. Disini saya dapat bertwitter dengan kawan-kawan tak kira masa, yang bestnya UberTwitter ada function yang kita perlukan antaranya kecilkan url (short URL), muatnaik gambar dan video yang diambil dari kamera Blackberry dengan pantas. Ia juga dilengkapi sistem GPS yang dapat mengenalpasti dan mengesan lokasi secara automatik. Tambahan Ubertwitter juga boleh mengemaskini status dari Google Talk. Wahhh saya sangat sukakan Ubertwitter!

#2 : BlackBerry Messenger (BBM) (http://na.blackberry.com/)

Blackberry Messenger atau nama singkatannya (BBM) adalah satu aplikasi pesanan ringkas untuk semua keluaran model Blackberry yang baru. Aplikasi BBM ini digunakan sebagai medium chatting dalam device anda dan hanya berhubung melalui sistem Blackberry PIN dan barcode, jadi pengguna perlulah mengetahui pin rakan ataupun barcode 2D mereka sebelum boleh berchatting. BBM memudahkan pengguna Blackberry kerana service untuk berchatting dalam rangkaian ini adalah percuma.

Ini adalah barcode 2D untuk BlackBerry PIN saya…

scan pin ini melalui BBM kamera anda

dan mula berchatting

dengan saya secara percuma dan pantas…

Mudah Bukan..??!!

#3 : Google Mobile (http://m.google.com)

Apa yang menariknya dengan Google Mobile ini?… seperti yang kita sedia maklum Google adalah satu enjin carian yang paling popular didunia selain itu mereka juga telah mengeluarkan pelbagai aplikasi internet, komputer dan mobile. Mereka juga telah mengeluarkan satu sistem aplikasi khas diberi nama Google Mobile App untuk pengguna Blackberry. Terdapat pelbagai fungsi didalam Google Mobile App ini antaranya Google Talk, Google Maps, Gmail, Google Sync, Read Feed News, Google Sync dan lain-lain. Saya amat sukakan aplikasi ini… ianya user friendly dan sangat senang digunakan. Tahu saja saya ni memang takut kalau sesat… sekarang tidak lagi dengan adanya Google Maps saya dapat mengetahui dimana kedudukan koordinat saya, cari dimana LRT dan kedai makan terdekat secara langsung.

#4 : Facebook Blackberry (http://www.blackberry.com/facebook/)

 

Facebook.. Siapa yang tidak kenal dan mengetahui tentang Facebook. Laman network dan komunikasi sosial ini memang happening. Blackberry Facebook Application merupakan aplikasi mudah alih percuma yang dibangunkan untuk perisian Blackberry. Melalui aplikasi Facebook ini ia memudahkan pengguna untuk mengetahui update terkini di Wall Post, menerima pesanan peribadi atau poke, upload gambar melalui Blackberry, Tags gambar, melihat status rakan dan senarai rakan, dan macam-macam lagi… semuanya hanya melalui Blackberry. Mudah bukan kini anda boleh mengemaskini Facebook anda setiap masa tanpa had tanpa gangguan dan sangat pantas dengan “DG Smart Plan for BlackBerry”

#5 : Yahoo Messanger Blackberry (http://www.blackberry.com/)

Siapa kaki YM kat sini angkat tangan?… saya pun salah seorang kaki YM sejak dari dulu lagi.. dengan Blackberry ini anda semua dapat berhubung bersama rakan di Yahoo Messanger, berchatting sambil berhibur. Klik link diatas untuk memuat turun aplikasi ini atau pun pergi ke Blackberry App World anda.

#6 : WordPress Blackberry (http://blackberry.wordpress.org/)

Dalam banyak-banyak aplikasi Blackberry ni.. saya paling teruja dengan aplikasi WordPress for Blackberry. Kenapa? sebab saya sukakan sangat WordPress, Blog saya ni pun menggunakan platform WordPress. Kini saya boleh mengemaskini 2 blog saya iaitu mohdzaid.com dan live.mohdzaid.com setiap masa, setiap saat, setiap hari dimana saja saya berada.. Aplikasi ini sangat ringkas dan berguna untuk blogger tegar macam saya ni. Dalam aplikasi ini kita boleh menulis artikel, mengupload gambar dan video, membaca dan membalas komen, dan membuat halaman “Pages” yang baru. Aplikasi ini dibangunkan oleh WordPress sendiri dan sentiasa dikemaskini. Lepas ni makin galak la saya menulis blog kesayangan ini.

#7 : Youtube Mobile (http://m.youtube.com/)

Ini pengalaman yang menakjubkan bagi saya, tidak pernah sama sekali saya puas menonton video di laman Youtube tanpa Buffering.. tapi dengan menggunakan DG Smart Plan for Blackberry saya menonton video kegemaran saya tanpa sekatan mahupun gangguan buffering. WOW inilah pengalaman pertama saya bersama DiGi talian internetnya sungguh pantas. Bagi pengguna Blackberry sebelum anda melayari internet khasnya untuk menonton video di Youtube, sila pastikan anda set terlebih dahulu dibahagian TCP/IP caranya, Menu-Options-Advanced Options-TCP-IP-digistrm , anda pasti terpegun dengan kepantasannya. Tak percaya? cubalah DG Smart Plan for Blackberry

 

#8 :Viigo (http://viigo.com/download)

Saya tahu anda mesti peminat saya dan gemar membaca blog bukan?.. kalau tidak masakan anda membaca entry ini betul tak?… haaa ini ada satu lagi aplikasi menarik yang boleh kita muatturun ke Blackberry. Aplikasi yang dimaksudkan adalah Viigo (Beta). Perisian ini direka khas untuk mereka yang gemar membaca blog dan mendapatkan sumber berita terkini melalui Blackberry. Aplikasi ini membenarkan pengguna memuatturun RSS data dari blog atau website kegemaran mereka, dan fungsi Viigo ini adalah untuk memaparkan data yang terdapat didalam RSS file tersebut. Jadi tidak ada alasan lagi anda ketinggalan untuk mendapatkan sumber terkini dari blogger kegemaran anda.

#9 : Blackberry App World (http://na.blackberry.com/)

BlackBerry App World adalah sebuah aplikasi dan service yang dibangunkan oleh Research In Motion (RIM), ia direka untuk kesemua mejoriti  pengguna Blackberry. Perkhidmatan ini tujuannya untuk memuat turun dari aplikasi Third-Party, install, uninstall, mengemaskini aplikasi dan sebagainya. Service ini telah dilancarkan kepada pengguna pada 1 April 2009 yang lalu. Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mencari dikebanyakkan laman web untuk mendownload aplikasi yang diperlukan, hanya dengan menggunakan BlackBerry App World anda boleh terus search dan memuatturun aplikasi yang diminati dengan pantas. Aplikasi didalam Blackberry App world ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu Free dan Buy. Pengguna boleh memilih sama ada untuk membeli atau mendownload aplikasi yang disediakan.

Kesemua Applikasi penting ini juga boleh didapati di laman : http://www.digi.com.my/blackberry/app.do

#10 : Email / Reply Email / Reply Facebook via Email?..

Tahukah anda bahawa anda boleh menghantar email, membalas email, membalas mesej dari Facebook melalui email?… dengan Blackberry anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan pantas dan cepat. Tak kiralah email anda dari Yahoo, Gmail ataupun email dari domain sendiri tetapi sebelum boleh menggunakan aplikasi ini anda mestilah set default email anda, caranya seperti berikut. Setup-Setup Wizard-Email Setup-Create Email-Pilih dan daftar email. Sekiranya email default anda didaftarkan sama atas akaun Facebook, segala komen yang dikirimkan kepada anda akan diberikan notifikasi melalui email, anda juga boleh terus membalas email tersebut sama seperti anda membalas komen di Facebook anda.

DiGi Sangat Pantas Dan Berkualiti tinggi!!

Itulah serba sedikit tentang 10 aplikasi Blackberry yang saya sedang gunakan dan boleh dikatakan paling TOP yang didownload oleh pengguna Blackberry seluruh dunia. Semua ini kerana kepantasan melayari internet dan memuat turun aplikasi dengan menggunakan plan Digi “DG Smart Plan for Blackberry“, selain dari kepantasan berinternet yang sangat laju dan pantas, saya amat berpuas hati dengan kualiti panggilan, SMS, MMS dari syarikat telekomunikasi DiGi ini. Ianya sangat jelas dan murah berbanding dengan telco yang lain. Untuk pengetahuan semua, saya tinggal dikawasan yang banyak pokok tinggi dan sukar untuk membuat panggilan keluar (call out), sudah banyak syarikat telekomunikasi telah saya cuba tetapi semuanya slow connection, selalu terputus talian dan tak berapa clear, berbanding dengan DiGi walaupun kawasan rumah saya terpinggir dari bandar tetapi saya tetap mendapat kelajuan internet dan kualiti panggilan yang amat baik sekali. Tak tipu ni tau dan tak bodek DiGi pun, sebab ini dari pengalaman saya sendiri bersama DiGi.

Kadar panggilan untuk perkhidmatan Digi ini sangat murah, serendah RM0.15 sen seminit untuk Video/Voice Call kesemua rangkaian, SMS RM0.10 sen / SMS untuk kesemua rangkaian, MMS sebanyak RM0.20/mms ke semua rangkaian, 6 Friends And Famaly (FNF). Saya juga berjimat sambil berBlackberry bersama DiGi dengan kadar penjimatan sebanyak 25% penggunaan bil dari RM100-199.99 . WOW dapat diskaun… dah murah dapat diskaun lagi.. jadi apa tunggu lagi bertukarlah ke DiGi dan “DG Smart Plan for Blackberry” adalah plan yang paling bijak.

DiGi Privilages™!

Ingin jimat dan diskaun lagi dari DiGi?… jangan risau banyak lagi diskaun yang ingin diberikan kepada semua pengguna rangkaian Digi antara lain adalah DiGi Privileges™.  DiGi Privileges™ merupakan diskaun yang diberikan oleh DiGi melalui telefon bimbit. Anda hanya perlu ke laman http://www.digi.com.my/whatshot/promotions/dr/index.do dan muatturun diskaun kod yang telah diberikan. Tunjuk kod diskaun ke rangkain kedai terpilih dan nikmati voucher diskaun tersebut. Antara Merchants yang terlibat di DiGi Privileges™ adalah Fun Hut (25% off Fun Hut Crispy Waffles), Vivo American Pizza & Panini (50% discount on Vivo’s Volcanic Chocolate with ice-cream with minimum spend of RM40 & above), The Body Shop ( 20% off any Invent Your Scent Fragrance), La Senza (30% off on normal merchandise), Tropicana Life & Wild Channel (20% off on Normal Priced items), The Library (15% discount on food & 10% discount on full bottles) dan banyak lagi… cuma klik http://www.digi.com.my/whatshot/promotions/dr/index.do dan dapatkan diskaun kod anda sekarang.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

22 Comments

  1. tak suka BB sebab gemuk T_T i gemuk jd x sesuai dgn i. i perlukan yg slim mcm lg chocolate tp x masuk contest jd harapan untuk dpt langsung tak ada HAHAHAA

  2. ah'ah la zaid..[ya allah, salah eja la insyaallah hr tu..maaf ya]…senang je kita tgk awak pakai..mmg gila internet ni..memandangkan kita bz je kat ofic, da sampai tak da masa nak update fb and blogging…adui..[tak blh jadi ni] kena pakai BB dgn kadar segera ni…senang + mudah + pantas nak update semua sekali dlm 1 masa…=)

  3. […] DiGi BlackBerry – Apa Kata Mereka? | Blackberry Crazy Deals Roadshow at Mid Valley Megamall | “DG Smart Plan For Blackberry” Melalui Aplikasi Blackberry Yang GEMPAK! Related Posts:Blackberry Crazy Deals Roadshow at Mid Valley MegamallDiGi Internet Unlimited Plan […]

  4. bro…kena byr duit pape ke utk regis tu? HTC xbagus ke? android? maksudnya 58 sebulan tu termasuk harga fon?

  5. En Zaid,

    semua application internet tu, line provider yg set kan kt bb kite atau kena down load sendiri? tq

  6. nk tanye skit, skrg tepon sy gune prepaid maxis….
    mmg byk duit dgunakan
    tp klau sy nk tukar kepada digi macam mana
    sbb sy setting is for maxis….
    ade org kate bole tp kne reset di maxis centre.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Cappuccino Ice..

Cappuccino Ice satuuuu…. haha boleh pulak main order kat rumah.. ehem..ehem.. ye
Kembali Ke Atas